Khat dari sudut bahasa berasal daripada bahasa Arab bermaksud "garisan". Seni Khat bermaksud garisan indah yang membentuk tulisan. Ia juga bermaksud tulisan-tulisan yang terikat dengan peraturan dan kaedah yang telah dikaji dan ditetapkan oleh mereka yang terlibat dalam kemajuan seni khat.
Seni khat merupakan wasilah penyampai maklumat dengan nilai-nilai abstrak yang disimpulkan dengan kehalusan, kelembutan, kesinambungan, perhubungan, pergerakan, keharmonian dan sebagainya.
Memetik kata pujangga arab: (الخط الجميل يزيد الحق وضوحا) "Khat yang indah, menjadikan sesuatu kebenaran tampak lebih jelas". Semoga blog ini dapat memberi manfaat kepada pencinta seni khat tanah air dan menjadi medan memaju dan meningkatkan lagi mutu seni khat. wallahu 'alam...