WALIMATUL 'URS.


Ni hasil karya untuk sahabat yang bakal menamatkan zaman bujang dengan pilihan hati... Ust Ahmad Sukri dan Nurul Habibah pada hari Sabtu 3 Oktober 2009... Moga berkekalan... mutiara kata untuk renungan...(Bila kita dah buat keputusan untuk memilih seseorang sebagai teman hidup.. kita bukan sahaja berkahwin dengan semua kebaikannya.. tetapi kita juga berkahwin dengan segala keburukan yang dia miliki....takde manusia yang sempurna)..fikir2kanlah, termasuklah yang menaip mutiara kata ni...he..he..he


Read more

Conteng-conteng dinding sekolah

Read more

SHEIKH ABDUL AZIZ AFFANDI AL-RIFA’IE (1871-1934M)


Sheikh Abdul Aziz Affandi Al-Rifa’ie dilahirkan di Qasbah, Terabezon, Turki pada tahun 1871M (1288H). Ketika berusia 5 tahun beliau telah berpindah bersama bapanya Abdul Hamid Afandi menuju ke Istanbul. Sheikh Abdul Aziz Al-Rifa’ie telah diserahkan kepada Baqqal Arif Afandi seorang khattat yang terkenal pada masa itu. Beliau mempelajari Khat Thuluth dan Nasakh daripada Sheikh Baqqal manakala Khat Thuluth Jalli dan Ta’liq dipelajari daripada Sheikh Sami Affandi.

Pada tahun 1922M, beliau berhijrah ke Kaherah, Mesir di atas jemputan Raja Fuad I, iaitu Raja Mesir pada masa itu untuk menulis Mushaf baginya. Kemudian beliau terus menetap di Mesir dan menjadi tenaga pengajar seni khat di Institut Diraja Tahsin Al-Khutut Khalil Agha, Kaherah dan di sekolah Al-Syeikh Salih selama 11 tahun. Sepanjang tempoh itu beliau membantu mengasaskan dua buah sekolah yang bermatlamatkan mengindahkan khat-khat Arab. Beliau telah menjadi pengetua dan guru khat bagi kedua-dua sekolah itu. Sepanjang tempoh itu juga banyak buku-buku dan tulisannya dicetak serta masih lagi digunakan hingga kini. Di Mesir, seluruh penulisannya dikembangkan dalam segenap bentuk.

Setelah berada di Mesir sehingga dalam lingkungan umur 70an, beliau kembali ke negara asalnya di Turki dan seterusnya pada 1934M (1353H), beliau meninggal dunia dan jenazahnya dikebumikan di Perkuburan Adranah Qabi, di Istanbul, Turki. Jasa Sheikh Abdul Aziz Al-Rifa’ie amat besar dalam pembangunan kesenian Islam. Beliau telah menulis sebanyak 12 mushaf, helaian-helaian kesenian khat, mencipta kertas Al-Ibro dan mencipta pelbagai motif seni hiasan. Seni penulisannya amat berpengaruh di Mesir dan namanya sentiasa dijulang dikalangan penulis-penulis khat Mesir.


sumber: http://hasrulkhat.webnode.com/tokoh2-khat/


Antara karya beliau yang sangat saya kagumi:


Read more

Catatan Jusco Bukit Tinggi, Klang

6 Sept 2009, merupakan hari pertandingan khat peringkat akhir yang dianjurkan astro bersempena dengan program Marhaban di Astro 2009, selain daripada pertandingan khat, terdapat juga pertandingan bercerita dan busana muslim..

Saya juga merupakan salah seorang yang bertuah menjadi peserta peringkat akhir. Terdapat 12 orang peserta yang telah dipilih dan disaring daripada pertandingan di peringkat zon, Zon selatan diadakan di Batu Pahat, Johor, Zon Utara di Pulau Pinang, Zon Timur di Kuantan dan Zon Barat di Klang.. Kesemua peserta dari setiap zon akan disaring oleh hakim dan berpeluang menyertai pertandingan akhir walaupun tidak mendapat nombor.. ini bermakna peserta yang menulis dengan kaedah yang betul akan di panggil untuk menyertai pertandingan akhir, walaupun dia mendapat nombor 5 di peringkat zon.. peserta-peserta dari zon barat merupakan peserta yang paling ramai menyertai pertandingan akhir.. dari zon timur hanya saya seorang yang hadir.. tidak diketahui peserta tempat kedua dan ketiga dari zon timur, tidak dapat datang ataupun tidak terpilih...

Keberangkatan saya ke Klang diiringi oleh 3 orang sahabat (Hanafi, Farizal dan Cikgu Suhaimi) yang saya ajak untuk menemani saya..(maklumlah sebuah bilik disediakan untuk setiap peserta sebagai penginapan).. pada mulanya saya ingin membawa isteri dan anak, tetapi memandang isteri sedang mabuk mengandung dan kalau bawak anak mesti dia duduk atas riba (guano nak menulis!).. saya pun menghantar isteri balik ke rumah ibubapanya dan bertolak dengan kawan-kawan ke Klang.

Hotel Quality Shah Alam, itulah nama hotel penginapan kami. Kami bertolak dari Temerloh kira-kira jam 1 tengahari, dan sampai di Hotel Quality pada petangnya..

Sampai di Hotel saya mendaftar sebagai peserta pertandingan khat dan check in hotel No: 2115.. di Lobi saya bertemu dengan pakar khat dari zon utara, Ust. Anis dan Ust. Zuhud.. saya diminta hadir untuk sesi taklimat pertandingan jam 8.15 malam di tingkat 20. Hajat di hati nak Terawih kat Masjid Shah Alam tapi tak kesampaian, saya hanya berterawih di bilik hotel.. semasa sesi taklimat inilah saya bertemu dengan Ust Nik Abd Rahman yang memang terkenal dengan khatnya.. Bila ternampak ust. Nik saya memang menjangkakan beliaulah yang akan menjadi johan, Maklumlah Juara Khat Asean 2001..

Pada hari pertandingan saya duduk bersebelahan dengan ust. Nik tapi tak sempat nak melihat cara dia menulis, sibuk dengan karya sendiri yang ntah apa-apa. Kami diberi masa selama 1 jam untuk menyiapkan dua karya, Pertama Logo (Marhaban di Astro) dan kedua, ayat dari surah al-mukminun 116.. Kalau ikut memang tak cukup masa tetapi itulah tekanan yang dihadapi oleh semua peserta..

Bila keputusan diumumkan, ternyata benarlah telahan saya dan peserta lain, Ust Nik mendapat tempat pertama. Beliau menerima hadiah pakej umrah untuk 2 orang manakala 11 peserta yang lain hanya menerima saguhati RM200.. alhamdulillah..

Pengalaman menyertai pertandingan khat ini merupakan pengalaman yang berharga.. duduk dengan pakar-pakar khat merupakan satu penghormatan yang tidak ternilai... tetapi perjalanan saya masih jauh untuk sampai ke tahap mereka....insya allah, tahun depan cuba lagi..

Hasil karya peserta-peserta:







Karya Ust Nik Abdul Rahman (Johan), Tarkib yang kemas dan mantap..



Ini saya, waktu mula-mula menulis



2 hasil karya saya yang masih banyak kelemahannya...





Duduk di sebelah ust Nik, minta-minta dapat 'aura'nya pada masa akan datang...
Paling hampir dengan kamera Ust. Rumaja dari Johor.


Read more

AMANAH ALLAH


BUAT SAHABAT-SAHABAT YANG BERGELAR IBU BAPA RENUNG-RENUNGKANLAH:

JAGALAH ANAK-ANAK - Sepanjang masa, ini adalah penting untuk pertumbuhan pemikirannya,

BERIKAN DIA KASIH SAYANG - Kerana itulah mahkota segala kebahagiaan,

BERIKAN DIA MASA - Masa yang anda habiskan bersamanya adalah lebih bererti daripada yang dapat anda bayangkan,

BERIKAN DIA GALAKAN - Dalam sebarang kegiatan. Janganlah disekat percubaannya untuk menjelajah, berusaha, mencipta, berimaginasi dan membina,

DIDIK DIA SUPAYA BERTANGGUNGJAWAB - Dengan memberi kerja-kerja rumah yang mudah. Amalan ini adalah latihan yang baik dan menjadikannya merasa dirinya berguna,

BERIKAN DIA KEBEBASAN - Untuk menjalani liku-liku hidupnya sendiri. Dia seorang yang istimewa. Jangan bandingkannya dengan adik-beradiknya,

BERIKAN DIA PUJIAN - Atas segala kejayaannya. Lebih-lebih lagi atas segala usahanya meskipun ianya gagal,

BERTIMBANGRASALAH TERHADAPNYA - Timbangkan umur dan perasaannya apabila anda tidak bersetuju tentang sesuatu hal. Anda mungkin tidak gemarkan perangainya tetapi tidak dirinya,

BERIKAN DIA KEYAKINAN - Sentiasa, jangan mengasingkan diri daripadanya atau mengugut hendak memutuskan kasih sayang anda atau mengkhianatinya,

BERIKAN DIA DIDIKAN AGAMA DAN ILMU PENGETAHUAN - Itulah kunci yang akan membuka pintu kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. (petikan dari buku Amanah Allah Yang Berharga......? susunan Ustaz Hj. Adam Hj. Musa)

Saidina Ali r.a pernah berkata:



(karya Hamid al-Aaamidi)


maksudnya: "Jangan paksa anak-anakmu mengikut akhlak kamu, sesungguhnya zaman mereka tidak sama seperti zaman kamu"...

Jika cabaran ibu bapa dahulu dalam mendidik anak-anak mereka, perasaan risau dan bimbang hanyalah berkisar tentang menjaga nama baik mereka dan keluarga.. asalkan anak-anak tidak menagih dadah, tidak mencuri ayam jiran sekampung, tidak mengacau dan mengusik anak dara orang, maka mereka sudah dikira anak yang baik... mempunyai anak yang boleh mengaji dan menjadi bilal merupakan 'pengiktirafan' dan bonus yang dikira sangat baik..

Tetapi menjadi ibu bapa pada masa sekarang, cabarannya lebih hebat...jika dulu risau anak menjadi pencuri ayam, kambing, kerbau dan lembu... tetapi sekarang anak berkemungkinan merompak, memeras ugut, pecah amanah dan meragut.. Jika dulu risau anak mengacau anak dara orang... sekarang risau anak mencabul, menculik dan merogol... jika dulu cerita lucah terdapat dalam bentuk video yang saiznya agak besar untuk disembunyikan, sekarang terdapat vcd, dvd, internet, handphone yang lebih sukar dikesan. Selalu-selalulah memeriksa 'isi perut' beg sekolah anak-anak kita. Bimbang-bimbang yang terdapat di dalamnya bukan sahaja buku seperti sangkaan kita.

Apapun masalah yang kita hadapi, kita mesti kembali kepada berbentengkan aqidah yang kuat dan jitu.. tanpa iman yang mantap dan doa yang berterusan untuk anak-anak, maka tidak mustahil anak-anak kita menjadi seperti yang disebutkan, wal 'iya zubillaaah. jadilah seperti ikan di lautan, walaupun air masin yang mengelilingi habitatnya, dagingnya tak pernah masin...

Sebagai ibu bapa kita mesti melengkapkan diri dengan ilmu tarbiah anak yang baik dari sudut emosi, rohani, fizikal dan intelek... selalu lah berdoa untuk anak-anak, moga mereka menjadi penyejuk mata di akhirat dan bukan menjadi beban yang memberatkan timbangan..

Ya Allah segala kebaikan yang ada padaku, Engkau turunkanlah kepada anak-anakku, dan segala keburukan yang aku miliki, Engkau hindarkanlah daripada mereka selama-selamanya..
Jadikanlah mereka tentera-tentera yang menegakkan syiar-Mu..Amin..
Read more