AMANAH ALLAH


BUAT SAHABAT-SAHABAT YANG BERGELAR IBU BAPA RENUNG-RENUNGKANLAH:

JAGALAH ANAK-ANAK - Sepanjang masa, ini adalah penting untuk pertumbuhan pemikirannya,

BERIKAN DIA KASIH SAYANG - Kerana itulah mahkota segala kebahagiaan,

BERIKAN DIA MASA - Masa yang anda habiskan bersamanya adalah lebih bererti daripada yang dapat anda bayangkan,

BERIKAN DIA GALAKAN - Dalam sebarang kegiatan. Janganlah disekat percubaannya untuk menjelajah, berusaha, mencipta, berimaginasi dan membina,

DIDIK DIA SUPAYA BERTANGGUNGJAWAB - Dengan memberi kerja-kerja rumah yang mudah. Amalan ini adalah latihan yang baik dan menjadikannya merasa dirinya berguna,

BERIKAN DIA KEBEBASAN - Untuk menjalani liku-liku hidupnya sendiri. Dia seorang yang istimewa. Jangan bandingkannya dengan adik-beradiknya,

BERIKAN DIA PUJIAN - Atas segala kejayaannya. Lebih-lebih lagi atas segala usahanya meskipun ianya gagal,

BERTIMBANGRASALAH TERHADAPNYA - Timbangkan umur dan perasaannya apabila anda tidak bersetuju tentang sesuatu hal. Anda mungkin tidak gemarkan perangainya tetapi tidak dirinya,

BERIKAN DIA KEYAKINAN - Sentiasa, jangan mengasingkan diri daripadanya atau mengugut hendak memutuskan kasih sayang anda atau mengkhianatinya,

BERIKAN DIA DIDIKAN AGAMA DAN ILMU PENGETAHUAN - Itulah kunci yang akan membuka pintu kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. (petikan dari buku Amanah Allah Yang Berharga......? susunan Ustaz Hj. Adam Hj. Musa)

Saidina Ali r.a pernah berkata:



(karya Hamid al-Aaamidi)


maksudnya: "Jangan paksa anak-anakmu mengikut akhlak kamu, sesungguhnya zaman mereka tidak sama seperti zaman kamu"...

Jika cabaran ibu bapa dahulu dalam mendidik anak-anak mereka, perasaan risau dan bimbang hanyalah berkisar tentang menjaga nama baik mereka dan keluarga.. asalkan anak-anak tidak menagih dadah, tidak mencuri ayam jiran sekampung, tidak mengacau dan mengusik anak dara orang, maka mereka sudah dikira anak yang baik... mempunyai anak yang boleh mengaji dan menjadi bilal merupakan 'pengiktirafan' dan bonus yang dikira sangat baik..

Tetapi menjadi ibu bapa pada masa sekarang, cabarannya lebih hebat...jika dulu risau anak menjadi pencuri ayam, kambing, kerbau dan lembu... tetapi sekarang anak berkemungkinan merompak, memeras ugut, pecah amanah dan meragut.. Jika dulu risau anak mengacau anak dara orang... sekarang risau anak mencabul, menculik dan merogol... jika dulu cerita lucah terdapat dalam bentuk video yang saiznya agak besar untuk disembunyikan, sekarang terdapat vcd, dvd, internet, handphone yang lebih sukar dikesan. Selalu-selalulah memeriksa 'isi perut' beg sekolah anak-anak kita. Bimbang-bimbang yang terdapat di dalamnya bukan sahaja buku seperti sangkaan kita.

Apapun masalah yang kita hadapi, kita mesti kembali kepada berbentengkan aqidah yang kuat dan jitu.. tanpa iman yang mantap dan doa yang berterusan untuk anak-anak, maka tidak mustahil anak-anak kita menjadi seperti yang disebutkan, wal 'iya zubillaaah. jadilah seperti ikan di lautan, walaupun air masin yang mengelilingi habitatnya, dagingnya tak pernah masin...

Sebagai ibu bapa kita mesti melengkapkan diri dengan ilmu tarbiah anak yang baik dari sudut emosi, rohani, fizikal dan intelek... selalu lah berdoa untuk anak-anak, moga mereka menjadi penyejuk mata di akhirat dan bukan menjadi beban yang memberatkan timbangan..

Ya Allah segala kebaikan yang ada padaku, Engkau turunkanlah kepada anak-anakku, dan segala keburukan yang aku miliki, Engkau hindarkanlah daripada mereka selama-selamanya..
Jadikanlah mereka tentera-tentera yang menegakkan syiar-Mu..Amin..

1 ulasan:

Alimaz-Kembara Terasing berkata...

salam...mendidik anak2 zaman sekarang memerlukan kesabaran yg tinggi...kita sebagai ibu bapa....

Catat Ulasan