assalamualaikum,


kelab jawi; lama dah tak menaip dalam blog ni, dulu masa mula-mula create blog ni, bukan main berkobar-kobar semangat nak berkongsi pengalaman, buah fikiran dengan blogger-blogger dan pencinta khat yang lain, hujung-hujung terpaksa jugak akur dengan kesibukan kerja dan kekangan masa...

Teringat masa sekolah dulu ramai guru-guru yang pesan "alam persekolahan adalah zaman yang paling best". mula-mula dulu tak kisah sangat dengan kata-kata ni.. tapi bila dah masuk universiti, kemudian berkerja, berkahwin, dapat anak.... ternyata sedikit demi sedikit apa yang dipesan oleh cikgu-cikgu, ustaz2 adalah benar belaka. Mana tidaknya, masa sekolah kalau buat salah mesti kena denda, tak pun kena panggil dengan guru besar.... semua perlakuan ada yang memerhati.... bila dah masuk universiti.... cara belajar dah lain.. kawan-kawan makin ramai... kelompok pelajar dah jadi semakin besar... pensyarah2 anggap semua yang masuk universiti, pandai2 belaka... tak masuk kelas setakat dua tiga kali, tak jadi hal.. nak2 kalau ada kawan yang jadi tukang tanda tangan sepanjang ke'ghaib'an kawan-kawannya...

masuk alam pekerjaan lagi tak seronok.. kerja bertimbun... kalau yang jadi guru lagi la... borang yang nak diisi.. analisa yang nak disiapkan...mesyuarat tak habih2 dan macam2 lagi..

bila dah kawin, makin bertambah tanggungjawab....bila ada anak lagi bertambah tanggungjawab...betul laa kata cikgu2 dulu.... zaman sekolah memang best... dulu zaman seronok sekarang zaman tanggungjawab....

apapun kita sebagai umat islam, mesti menerima tanggungjawab dan melaksanakannya dengan baik dan dedikasi... umat islam takkan maju kalau kita dok komplain je... kerja tak buat..

banyak dah rasanya aku membebel kali ni..

berbalik pada kelab jawi yang aku nak cerita di awal tadi... sekolah aku adalah sebuah sekolah yang terpilih untuk program j-QAF yang disarankan oleh Perdana Menteri Pak Lah. alhamdulillah... ada jugak jasa beliau untuk lepasan agama macam aku...

Program-program yang sepatutnya dilaksanakan seperti Kem Bestari Solat, Tasmik, Literasi Quran... alhamdulillah berjalan jugak walaupun tak berapa sempurna..

Kelab Jawi adalah sebuah kelab yang diwajibkan bagi sekolah-sekolah yang terlibat dengan program j-QAF... aku pulak dengan rasmi nya diminta menjadi guru penasihat kelab tersebut. mula2 memang kurang murid2 yang sudi mengikuti kelab ini, tetapi dengan initiatif kami guru2 j-QAF, alhamdulillah mereka mula minat dengan kelab jawi, terutama dengan tulisan khat... kat sekolah aku kalau ada mural dalam tulisan jawi atau arab.. itu adalah air tangan kami guru-guru j-QAF (ye la, kalau tak nanti orang kata guru j-QAF makan gaji buta, tak buat kerja langsung kat sekolah)...

Ramai murid-murid yang sanggup membelanjakan rm5 untuk sebatang pen khat... tapi pen ni kalau rajin buat latihan tak sampai sebulan dah habis.. inilah yang berlaku dengan murid2 kelab jawi... bila kami guru2 penasihat kelab jawi berbincang.. akhirnya kami memutuskan untuk menukarkan pena yang digunakan untuk berlatih tulisan jawi... daripada pen kepada buluh.. asalnya aku cadangkan guna batang resam, tapi nak mencarinya susah sikit nak beli, tak de kedai yang jual.. aku pernah beli masa menyertai pertandingan khat kat Masjid Al-Azim kat Melaka.. 2 batang pen khat batang resam dijual dengan harga rm 2.50. mak uiih mahal bebeno.. tapi minat punya pasal, aku beli jugak... masa pertandingan tu aku tak menang pun, saguhati pun tak dapat... dapat sijil je... alhamdulillah dapat jugak..

Jadi setelah semuanya setuju untuk mengubah pen khat kepada pena buluh, aku diberi tugas untuk membeli buluh kemudian mengasah buluh sehingga menjadi pen khat... aku beli berus cina (rm0.60) dakwat cina (rm1.00) . 40 batang buluh terpaksa diasah untuk menjayakan kelab jawi ini.. aku buang bulu berus cina tu, aku kikis tulisan cina yang ada pada batang buluh, kemudian jual (dengan harga modal kepada murid2) nak suruh murid2 asah diorang kecik lagi... nanti luka ke, putus tangan ke.. bising pulak parent diorang...

jadi setelah kami guna buluh alhamdulillah... murid2 makin bersemangat untuk menjadi khattat, kerana diorang terpaksa mencelup beberapa kali untuk menyiapkan latihan2 yang aku bagi... seronok aku tengok diorang seronok belajar khat.. jadi aku cadangkan kepada kawan jQAF yang lain, kalau nak jimat kan kos kelab jawi.. boleh lah gunakan cara aku...

0 ulasan:

Catat Ulasan