TIKAR HIKMAT, TANJAK AJAIB, TANGGA TONGGANG TERBALIK



Assalamualaikum, w.b.t, insya Allah pada post kali ini saya sertakan video, bagaimana ingin melembutkan tangan sebelum menulis khat.. sebenarnya dah lama janji nak buat tapi tak berkesempatan nak rakam.. dan rakaman pun tak berapa 'clear', maklumlah kamera murah, kalau ada suara-suara sumbang dalam rakaman ni, abaikan sahaja, itu adalah suara-suara2 'dugaan' ketika nak menulis khat.. yang selalu dok bertenggek kat belakang ketika menulis dan suara pewaris seni ini, insya Allah...

Ketiga-tiga cara ini amat sesuai untuk mereka yang selalu beralasan "Saya tak berbakat la nak menulis khat", atau "Tangan keras macam batu, macamana nak menulis khat?". Mudah-mudahan dengan doa dan minat yang tinggi, tangan kita akan beransur-ansur lembut.. jangan pula hari ni cuba kemudian 3 tahun depan pula baru nak berlatih semula..berlatihlah dengan penuh kesabaran dan ketekunan.. man jadda wajad.. wa man zaro'a hasod...

Cara pertama yang saya namakan sebagai 'tikar hikmat' ini memerlukan tumpuan tinggi untuk mengagak setiap titik yang kita buat.. anda boleh buat seberapa panjang yang anda suka..jika kita sudah mahir membuat tikar hikmat ini... insya Allah daya agakan akan menjadi bertambah baik dan dapat menulis dengan lurus tanpa pembaris...memetik kata-kata Imad seorang aktivis nasyid dan khat, bila di tanya bagaimana dia dapat menulis dengan lurus tanpa pembaris, katanya, "Pembaris tu ada, tapi tak kelihatan..." kesimpulan yang dapat saya buat ialah kita kena banyak berlatih untuk mendapatkan keseimbangan mata ketika menulis..

Cara kedua (tanjak ajaib) dan ketiga (tangga tonggang terbalik) masing-masing untuk memanaskan sendi-sendi tangan dan jari sebelum menulis khat yang lebih sukar.. untuk kedua-dua teknik ini, ketika menulis, kita tidak dibenarkan mengangkat mata pena (kecuali untuk mencelup dakwat)..tanjak ajaib dan tangga tonggang terbalik boleh dibuat seberapa tinggi yang and suka...kita boleh ulang ketiga-tiga cara beberapa kali sebelum berlatih menulis huruf-huruf atau kalimah-kalimah.. insya Allah ada manfaatnya.. inilah cara yang biasa saya gunakan... selamat mencuba..

Read more

MARHABAN DI ASTRO ZON TIMUR

Semalam berlangsungnya pertandingan khat yang d i anjurkan oleh pihak astro di Berjaya Megamall, Kuantan. Saya pun tak ketinggalan menyertainya. Ramai kawan-kawan yang berminat dengan seni khat saya ajak sama..antaranya Kak Selamah, Rahim, Aziz dan beberapa orang lagi. Menurut penganjur, pertandingan khat di Zon Timur ini, tidak se'meriah' di Zon Utara (di Pulau Pinang) dan Selatan (di Batu Pahat). Penyertaan di kedua-dua tempat tersebut amat memberansangkan, lebih kurang 20-30 penyertaan yang diterima..


banyak lagi tak betul kaedah.. tapi ni je la yang mampu dalam masa sejam




Di sebelah zon timur ada kira-kira 10 penyertaan. tak taulah dimana silapnya, nak kata promosi tak bagus.. rasanya takkan promosi dari syarikat televisyen berbayar terkemuka astro tak buat promosi yang 'mantop'.. kesimpulan yang saya dapat buat, tidak ramai yang berminat dengan seni khat di sebelah Pahang, kerana aktiviti khat di kawasan ini amat sedikit dan tak sehebat di Selangor, Terengganu, Kelantan, Johor dan Melaka.. semasa menyertai pertandingan khat di Masjid Al-Azim di Melaka tahun lepas, lebih kurang 50 penyertaan peserta seni khat.. alangkah bagi baiknya kalau di setiap negeri ada persatuan khat masing-masing, barulah senang seni khat di kembangkan.. malah kalau ada pertandingan khat, lebih mudah untuk diuar-uarkan.. bahkan persatuan khat juga boleh mewajibkan penyertaan kepada ahlinya.

Berbalik semula pada pertandingan khat tadi, ada dikalangan rakan-rakan yang tidak dapat hadir, kak selamah ada peperiksaan seni khat di Yayasan Restu, dan Rahim ada urusan di Kelantan.. hanya Aziz (kawan yang saya kenal semasa di Pertandingan khat di Melaka) hadir.. Saya sampai kira-kira jam 9.45pagi di Megamall..Pihak penganjur menetapkan pukul 10 pagi untuk pendaftaran terakhir... tapi 10.30 barulah meja pendaftaran mula dibuka. 10.45pagi Ust Baki dari yayasan restu memberi taklimat berkaitan pertandingan.. 50% kaedah khat yang betul, 20% kreativiti, 20% ejaan 10% kebersihan.(Ust Abdul Baki dan Imad adalah hakim pertandingan khat pada hari tersebut).. kira-kira jam 11.10 barulah pertandingan dimulakan..

Tempat pertandingan yang dibuat secara terbuka, amat berbeza dengan pertandingan di tempat tertutup.. ramai pengunjung-pengunjung Megamall yang datang dekat dengan meja Peserta untuk melihat dan mengambil gambar.. cukup tertekan, masa yang diberikan pula hanyalah satu jam.. Kami diberi dua soalan, 1) surah Yasin ayat 1-3 (2) Khatkan (Marhaban di Astro).. Semasa menulis, ada seorang pakcik datang ke meja saya bertanyakan harga karya yang saya buat.. saya jawab "Ini untuk pertandingan khat, pakcik" tersipu-sipu pak cik tu sebab dia tak tahu pertandingan sedang berlangsung. Masa yang diberikan memang tidak mencukupi, saya tak sempat nak buat dekorasi langsung, hanya tazyin biasa sahaja.. Peserta dari Kuala Terengganu pun turut hadir menyertai pertandingan. Alhamdulillah bila keputusan diumumkan saya mendapat tempat pertama (padahal ramai lagi pakar khat yang tidak menyertai, kalau tak.. takde harapan)..

Saya menulis menggunakan batang resam.. sebab hasilnya lebih kemas dan cantik (demikianlah menurut pakar-pakar khat)..




karya peserta dari terengganu.. tempat kedua

Tempat ketiga (ust sanusi)


karya Peserta yang tidak diketahui namanya



Read more

MANUSIA, IMAN DAN NAFSU

Tatkala Allah s.w.t menciptakan nafsu... lalu diperintahkan oleh Allah bersujud kepadanya lantas nafsu enggan dan engkar pada perintah Allah. Lalu Allah mengurungnya di dalam kesejukan selama 1000 tahun. Apabila ia dikeluarkan dari kesejukan Allah memerintahkannya supaya sujud kepada Allah, tetapi nafsu masih lagi tegar dengan kedegilan.. lantas Allah taala mengurungnya di dalam kepanasan selama 1000 tahun.. apabila ia dikeluarkan oleh Allah ia masih lagi enggan bersujud kepada Allah... Lantas Allah menguji nya dengan kelaparan selama 1000 tahun.. apabila ia dikeluarkan oleh Allah, barulah ia mahu tunduk sujud dan patuh kepada Allah taala..

Demikianlah perihal nafsu yang cukup degil dan liar untuk dijinakkan.. manusia mempunyai dua musuh utama, pertama syaitan dan yang kedua nafsu.. dalam setahun syaitan diberi 'cuti' oleh Allah sebulan yakni, pada bulan ramadan. Ia dirantai dan dibelenggu oleh Allah sepanjang bulan yang mulia ini.. yang tinggal hanyalah nafsu manusia yang tiada cuti dan tiada dibelenggu oleh Allah sebagai ujian ke atas mereka.. pilihan telah diletakkan oleh Allah di hadapan mata, yang baik dan yang buruk.. jika kita memilih berdasarkan nafsu, maka binasalah kita.. sebaliknya jika kita memilih berdasarkan keimanan, itulah yang menjamin kita di akhirat kelak..

Firman Allah dalam surah al-Ankabut: (29: 2-3) (Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan: "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji? (2) dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang berdusta).

Seorang pelajar diuji dengan peperiksaan untuk mengetahui tahap kefahamannya terhadap pelajaran, seorang guru diuji dengan sejauh mana dedikasi dan amanahnya terhadap kerjayanya...seorang pemandu diuji untuk mendapat lesen pemanduan.. seorang pendekar mengharungi pelbagai dugaan ketika bertapa di gua yang sunyi.. manusia juga diuji oleh Allah untuk mengetahui tahap keimanan dan tingkatan taqwanya..

Moga ramadan kali ini merubah diri kita menjadi insan mukmin yang lebih baik.. amin


Read more

SELAMAT DATANG YA RAMADHAN

Pejam celik pejam pelik... dah hampir setahun berlalu.. kini kita akan bertemu Ramadhan setelah hampir setahun meninggalkan kita...Bulan yang dijanjikan rahmat dari Allah Ta'ala..Bulan Keampunan... Bulan pembebasan dari api neraka... Bulan Quran... Bulan Tarawih...
Padanya terdapat satu malam yang lebih dari seribu bulan...bulan di mana masjid2 dan surau2 akan dimakmurkan oleh umat Islam...

Umat Islam disarankan banyak membuat ulangkaji perkara2 yang berkaitan dengan puasa sebelum ketibaan...perkara2 yang membatalkan puasa, sunat2 puasa, perkara2 makruh dan sebagainya...supaya ibadah kita lebih mantap dan puasa kita menjadi benteng pertahanan diri dari godaan syaitan laknatullah..

Pagi tadi baru bagi tazkirah puasa pada murid2 tahap 1 dan 2 Sk Abu Bakar Mentakab... bila lihat dalam2 pada mata diorang... nampak sangat tak faham sangat pasal puasa.. ibadah mereka hanya taqlid dengan orang tua... namun tanggungjawab sebagai guru untuk mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna dan faham agama tetap dijalankan.. semoga secebis bakti dan secubit ilmu yang dimiliki dapat dimanfaatkan oleh mereka...

Sebut pasal tazkirah ni, masa mula2 masuk sekolah dulu tak biasa jugak bercakap di khalayak (bercakap di khalayak bukanlah satu kepakaran bagi saya).. masuk maktab pun masa presentation mesti suruh kawan yang lain yang lebih mahir bercakap... antaranya us. rosaidi rameli, ust ahmad ruwaidi, ust. shahadan.. dan yang power ust aris hazlan.. diorang ni bagi la tajuk apapun... semuanya sedap di dengar..

Bila posting hanya saya seorang guru j-QAF lelaki yang ada kat sekolah. Terpaksalah belajar pelahan2 bercakap dikhalayak... gugup... berpeluh.. ketar... gementar... semua nya diadun dengan baik dek kerana tak suka bercakap masa kat sekolah dulu.. tapi lama kelamaan semua perasaan tu beransur kurang... dan seronok bila murid2 suka dengar apa yang kita cakap..
banyak tips yang saya baca.. dan bertanyakan rakan2 yang mahir dengan pengucapan umum ni.. tapi yang paling berkesan untuk saya ialah selain berdoa.. kita bayang kan semua yang ada di hadapan kita ialah adik beradik, keluarga terdekat, sepupu2 yang dahagakan ilmu dari kita..bila kita bayangkan macam tu insya allah perasaan gugup tu berkurangan....

Apapun saya masih lagi perlu banyak belajar untuk menjadi orang yang tidak gementar ketika di khalayak.. insya allah... selamat menyambut ramadan yang mulia...moga ibadat kita diterima Allah s.w.t.

Bukan perut yang puasa, ketika perut puasa menahan lapar dan dahaga,
Bukan mata yang puasa, ketika mata puasa menghindari pandangan dosa,
Bukan mulut yang puasa, ketika mulut puasa dari umpatan keji dan nista,
Bukan lidah yang puasa, ketika lidah puasa menahan dari merasa,
Bukan tangan dan bukan kaki yang puasa, ketika tangan dan kaki puasa dari melakukan maksiat dan dosa,
Bukan hati yang puasa, ketika hati puasa menghindari dari lintasan dosa..

Yang puasa itu Iman.. bila iman puasa.... puasalah semuanya...
Read more

Pertandingan Seni Khat. Marhaban di Astro

SYARAT PENYERTAAN DAN PERTANDINGAN

  • Penyertaan adalah terbuka untuk semua warganegara Malaysia, lelaki dan perempuan.
  • Penulisan khat akan dilaksanakan di lokasi terbuka yang ditentukan penganjur dan akan diawasi oleh sekretariat penganjur dan para juri.
  • Tempoh pertandingan adalah selama satu (1) jam sahaja.
  • Peralatan penulisan hendaklah disediakan oleh peserta sendiri. Penganjur hanya menyediakan kertas lukisan putih A3.
  • Tema bagi penulisan khat akan dimaklumkan sewaktu hari pertandingan. Pilihan tema akan merangkumi doa-doa pendek, surah surah pendek ataupun slogan tertentu yang ditetapkan.
  • Gaya penulisan dan bentuk seni khat yang dipertandingkan adalah bebas mengikut pilihan peserta.
  • Dekorasi dan hiasan yang bersesuaian adalah dibenarkan.
  • Setiap hasil seni khat yang dihasilkan peserta adalah menjadi hak milik penganjur.
  • Hasil seni khat akan dinilai dari segi format tulisan, kekemasan, kreativiti dan hiasan.
  • Peserta tidak boleh dibantu oleh individu lain.
  • Pemenang akan ditentukan menerusi juri dan jawatankuasa teknikal yang dianggotai oleh para profesional.
  • Tiada bayaran penyertaan dikenakan. Walaubagaimanapun, pihak penganjur tidak bertanggungjawab ke atas kos pengangkutan, penginapan dan makan minum peserta.
  • Peserta yang terpilih akan bertanding di lokasi-lokasi berikut:
    • 15 Ogos – Batu Pahat Mall, Batu Pahat, Johor
    • 22 Ogos – Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang
    • 29 Ogos – Berjaya Megamall, Kuantan, Pahang
    • 5 September – Jusco, Bukit Tinggi, Klang, Selangor
  • Sila ambil perhatian bahawa tarikh tutup penyertaan di setiap lokasi adalah 7 hari sebelum berlangsungnya pertandingan.
  • Peserta perlu melapor diri semasa hari pertandingan dalam tempoh yang ditetapkan (9 pagi – 10 pagi).
  • 8 penulis khat terbaik di peringkat zon / negeri akan dipilih oleh juri untuk bertanding di peringkat Grand Final yg akan diadakan di Klang pada 6 September 2009.

Hal-Hal Lain

Syarat dan peraturan ini adalah tertakluk kepada pindaan yang akan dibuat dari semasa ke semasa berdasarkan kepada keperluan demi mempertingkatkan mutu penganjuran dan memberikan keadilan kepada semua pihak.

Semua keputusan juri adalah MUKTAMAD. Segala bentuk bantahan tidak akan dilayan

Pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi talian 017-5757808 atau fax 04-9246612. Anda juga boleh menghantar email ke marhabandiastro@gmail.com.

Read more