Pertandingan Seni Khat. Marhaban di Astro

SYARAT PENYERTAAN DAN PERTANDINGAN

  • Penyertaan adalah terbuka untuk semua warganegara Malaysia, lelaki dan perempuan.
  • Penulisan khat akan dilaksanakan di lokasi terbuka yang ditentukan penganjur dan akan diawasi oleh sekretariat penganjur dan para juri.
  • Tempoh pertandingan adalah selama satu (1) jam sahaja.
  • Peralatan penulisan hendaklah disediakan oleh peserta sendiri. Penganjur hanya menyediakan kertas lukisan putih A3.
  • Tema bagi penulisan khat akan dimaklumkan sewaktu hari pertandingan. Pilihan tema akan merangkumi doa-doa pendek, surah surah pendek ataupun slogan tertentu yang ditetapkan.
  • Gaya penulisan dan bentuk seni khat yang dipertandingkan adalah bebas mengikut pilihan peserta.
  • Dekorasi dan hiasan yang bersesuaian adalah dibenarkan.
  • Setiap hasil seni khat yang dihasilkan peserta adalah menjadi hak milik penganjur.
  • Hasil seni khat akan dinilai dari segi format tulisan, kekemasan, kreativiti dan hiasan.
  • Peserta tidak boleh dibantu oleh individu lain.
  • Pemenang akan ditentukan menerusi juri dan jawatankuasa teknikal yang dianggotai oleh para profesional.
  • Tiada bayaran penyertaan dikenakan. Walaubagaimanapun, pihak penganjur tidak bertanggungjawab ke atas kos pengangkutan, penginapan dan makan minum peserta.
  • Peserta yang terpilih akan bertanding di lokasi-lokasi berikut:
    • 15 Ogos – Batu Pahat Mall, Batu Pahat, Johor
    • 22 Ogos – Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang
    • 29 Ogos – Berjaya Megamall, Kuantan, Pahang
    • 5 September – Jusco, Bukit Tinggi, Klang, Selangor
  • Sila ambil perhatian bahawa tarikh tutup penyertaan di setiap lokasi adalah 7 hari sebelum berlangsungnya pertandingan.
  • Peserta perlu melapor diri semasa hari pertandingan dalam tempoh yang ditetapkan (9 pagi – 10 pagi).
  • 8 penulis khat terbaik di peringkat zon / negeri akan dipilih oleh juri untuk bertanding di peringkat Grand Final yg akan diadakan di Klang pada 6 September 2009.

Hal-Hal Lain

Syarat dan peraturan ini adalah tertakluk kepada pindaan yang akan dibuat dari semasa ke semasa berdasarkan kepada keperluan demi mempertingkatkan mutu penganjuran dan memberikan keadilan kepada semua pihak.

Semua keputusan juri adalah MUKTAMAD. Segala bentuk bantahan tidak akan dilayan

Pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi talian 017-5757808 atau fax 04-9246612. Anda juga boleh menghantar email ke marhabandiastro@gmail.com.

0 ulasan:

Catat Ulasan