Catatan Jusco Bukit Tinggi, Klang

6 Sept 2009, merupakan hari pertandingan khat peringkat akhir yang dianjurkan astro bersempena dengan program Marhaban di Astro 2009, selain daripada pertandingan khat, terdapat juga pertandingan bercerita dan busana muslim..

Saya juga merupakan salah seorang yang bertuah menjadi peserta peringkat akhir. Terdapat 12 orang peserta yang telah dipilih dan disaring daripada pertandingan di peringkat zon, Zon selatan diadakan di Batu Pahat, Johor, Zon Utara di Pulau Pinang, Zon Timur di Kuantan dan Zon Barat di Klang.. Kesemua peserta dari setiap zon akan disaring oleh hakim dan berpeluang menyertai pertandingan akhir walaupun tidak mendapat nombor.. ini bermakna peserta yang menulis dengan kaedah yang betul akan di panggil untuk menyertai pertandingan akhir, walaupun dia mendapat nombor 5 di peringkat zon.. peserta-peserta dari zon barat merupakan peserta yang paling ramai menyertai pertandingan akhir.. dari zon timur hanya saya seorang yang hadir.. tidak diketahui peserta tempat kedua dan ketiga dari zon timur, tidak dapat datang ataupun tidak terpilih...

Keberangkatan saya ke Klang diiringi oleh 3 orang sahabat (Hanafi, Farizal dan Cikgu Suhaimi) yang saya ajak untuk menemani saya..(maklumlah sebuah bilik disediakan untuk setiap peserta sebagai penginapan).. pada mulanya saya ingin membawa isteri dan anak, tetapi memandang isteri sedang mabuk mengandung dan kalau bawak anak mesti dia duduk atas riba (guano nak menulis!).. saya pun menghantar isteri balik ke rumah ibubapanya dan bertolak dengan kawan-kawan ke Klang.

Hotel Quality Shah Alam, itulah nama hotel penginapan kami. Kami bertolak dari Temerloh kira-kira jam 1 tengahari, dan sampai di Hotel Quality pada petangnya..

Sampai di Hotel saya mendaftar sebagai peserta pertandingan khat dan check in hotel No: 2115.. di Lobi saya bertemu dengan pakar khat dari zon utara, Ust. Anis dan Ust. Zuhud.. saya diminta hadir untuk sesi taklimat pertandingan jam 8.15 malam di tingkat 20. Hajat di hati nak Terawih kat Masjid Shah Alam tapi tak kesampaian, saya hanya berterawih di bilik hotel.. semasa sesi taklimat inilah saya bertemu dengan Ust Nik Abd Rahman yang memang terkenal dengan khatnya.. Bila ternampak ust. Nik saya memang menjangkakan beliaulah yang akan menjadi johan, Maklumlah Juara Khat Asean 2001..

Pada hari pertandingan saya duduk bersebelahan dengan ust. Nik tapi tak sempat nak melihat cara dia menulis, sibuk dengan karya sendiri yang ntah apa-apa. Kami diberi masa selama 1 jam untuk menyiapkan dua karya, Pertama Logo (Marhaban di Astro) dan kedua, ayat dari surah al-mukminun 116.. Kalau ikut memang tak cukup masa tetapi itulah tekanan yang dihadapi oleh semua peserta..

Bila keputusan diumumkan, ternyata benarlah telahan saya dan peserta lain, Ust Nik mendapat tempat pertama. Beliau menerima hadiah pakej umrah untuk 2 orang manakala 11 peserta yang lain hanya menerima saguhati RM200.. alhamdulillah..

Pengalaman menyertai pertandingan khat ini merupakan pengalaman yang berharga.. duduk dengan pakar-pakar khat merupakan satu penghormatan yang tidak ternilai... tetapi perjalanan saya masih jauh untuk sampai ke tahap mereka....insya allah, tahun depan cuba lagi..

Hasil karya peserta-peserta:







Karya Ust Nik Abdul Rahman (Johan), Tarkib yang kemas dan mantap..



Ini saya, waktu mula-mula menulis



2 hasil karya saya yang masih banyak kelemahannya...





Duduk di sebelah ust Nik, minta-minta dapat 'aura'nya pada masa akan datang...
Paling hampir dengan kamera Ust. Rumaja dari Johor.


1 ulasan:

Adinda Amy Sensei berkata...

salam ramadhan...

waahhh...cantiknya tulisan khat tu yee...
menakjubkan.. =)

apa pun, tahniah buat saudara kerana mempunyai bakat yang sunggu bertuah ini..saya juga teringin nak menulis mcm ni..tapi bakatnya enggak ada..hehe

salam ramadhan!

Catat Ulasan