Pertandingan Seni Khat Kebangsaan anjuran Yayasan Restu akan diadakan sempena Festival Al-Quran Dan Kesenian Islam Yayasan Restu, pada 30 Julai 2010 sehingga 10 Ogos 2010 bersamaan 18 Sya’ban 1431 sehingga 29 Sya’ban 1431 Hijriah, bertempat di Kompleks Taman Seni Islam Selangor, Persiaran Damai, Seksyen 10, 40000 Shah Alam, Selangor.
Sebanyak tiga kategori / peringkat dipertandingkan:
- Kategori kanak-kanak (Sekolah rendah). – Khat Nasakh ( Spontan) – Tarikh: 31 Julai 2010
- Kategori Remaja ( Sekolah Menengah). – Khat Nasakh ( Spontan) – Tarikh: 1 Ogos 2010
- Kategori Terbuka (Dewasa). – Khat Nasakh ( Spontan) – Tarikh: 7 Ogos 2010
- Kategori Terbuka (Dewasa). – khat Thuluth (Spontan) – Tarikh: 7 Ogos 2010
Hadiah – hadiah yang ditawarkan:
Kategori kanak-kanak
- Pertama : RM500.00 + Sijil
- Kedua : RM300.00 + Sijil
- Ketiga : RM200.00 + Sijil
- Saguhati (x3) : RM50.00 + Sijil
Kategori Remaja
- Pertama : RM700.00 + Sijil
- Kedua : RM500.00 + Sijil
- ketiga : RM300.00 + Sijil
- Saguhati (x3) : RM100.00 + Sijil
Kategori Terbuka (Nasakh)
- Pertama : RM2500.00 + Sijil
- Kedua : RM1500.00 + Sijil
- Ketiga : RM700.00 + Sijil
- Saguhati (x3) : RM300.00 + Sijil
Kategori Terbuka (Thuluth)
- Pertama : RM3000.00 + Sijil
- Kedua : RM2000.00 + Sijil
- Ketiga : RM1000.00 + Sijil
- Saguhati (x3) : RM500.00 + Sijil
Borang Pertandingan Seni Khat Kebangsaan ini boleh diperolehi dengan yuran RM10.00 di :
Yayasan Restu,
Kompleks Taman Seni Islam Selangor,
Persiaran Damai, Seksyen 10, 4oooo Shah Alam,
Selangor, Darul Ehsan.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Yayasan Restu:
Tel pejabat : 03-55119001
Mohd Yazid : 019-3448719
Zulhelmi : 013-4140845
Umi faezah : 016-6375997
tak banyak berubah... pintu masuk bilik j-QAF ni drpd yang dulu.. cuma tambah khat kat tingkap je...
Ust. Ishak sejurus selepas pemantauan... tgk muka je memang dah xde harapan menang.. hihihi
nama2 nabi:
Petikan kalimah daripada Iqra' 3:
Iqra' 2:
Iqra' 1:
nama2 bulan Islam:
basmalah dan waktu solat:
khat sebelum disiapkan:
banner2 majlis:
Ust Abdul Baki merupakan penggiat seni khat tanah air yang begitu aktif mengembangkan seni khat di Malaysia.. sebaris dengan ust. zawadi.. ust nik..
Beliau mahir dengan pelbagai jenis khat.. saya paling meminat khat thuluth dan nasakh yang beliau hasilkan.. sejuk mata memandang... karya thuluth nya yang terkini menyerlahkan lagi bakat beliau...nampak mcm pakar khat arab dah..
Alhamdulillah beliau telah bersetuju untuk mentashihkan karya2 saya, walaupun jadual nye sangat padat... saya pulak yang tak berkesempatan menghantar karya dek kekangan masa dan tugas..
Moga beliau terus aktif dengan seni khat dan menghasilkan karya2 agung yang dapat dibanggakan oleh anak Melayu dan Malaysia...amin
Walaupun tak layak lagi nak menulis nama beliau dek kerana pengalaman dalam bidang khat yang sangat luas jika hendak dibandingkan dgn saya.. tapi nak tulis jugak sebagai latihan..
ABDUL BAKI BIN ABU BAKAR
Tel : 019-3932947
Email : bakibkr@yahoo.com
.
PENGALAMAN
- Menyalin Al-Quran Mushaf Malaysia
- Menulis untuk hiasan dalaman Balairong Seri Istana Alam Shah, Klang.
- Menulis Watikah Ikrar Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke 12 & 13
SEKARANG
- Penulis Seni Khat
- Pensyarah Seni Khat, Kolej Restu
- Pensyarah Seni Khat, Universiti Islam Antarabangsa
PENCAPAIAN
- The Seventh International Calligraphy Competition In The Name Of Calligrapher Hashim Al Baghdadi, IRCICA Turkey 2007 (Incentive Price- Thuluth Jaly)
- Peraduan Menulis Khat Asean, Brunei 1996 (ke 2 – Nasakh), 1998 (1st – Diwani), 2004 (Ke3-Riqah)
- Manifestasi Perdana Seni Khat, Muzium Kesenian Islam, Kuala Lumpur 1999 (1st- Seramik), 2001 (Inovatif), 2003 (Inovatif)
Jika ada majlis di sekolah, beliau akan menghiasi papan hitam dengan khat diwani yang sangat cantik... semoga beliau di panjangkan umur, diberi kesihatan.. dan ditempatkan dikalangan solihin dunia & akhirat..
Multaqa ini bakal dihadiri oleh Ketua Unit Operasi Dakwah SPI JPN Pahang Tn. Hj. Ahmad Hamizi b. Abu Hassan.. KPP SPI JPN Pahang, Tn. Hj. Mohamad b. Awang Nit dan Ketua Sektor SPI JPNP Tn. Hj. Mohd Nor b. Tahir..
Perjumpaan ini adalah hasil usahasama jawatankuasa pelaksana dari PPD Temerloh; Penasihat: Tn. Hj. Mohd Nadzri b. Abdul Wahab Pegawai PDT, Pengerusi: Tn. Hj. Ishak b. Mat Bakar Penyelia Kanan Pendidikan Islam PPDT.. dan Urusetia, Ust. Saipuddin b. Abdullah, Penyelia Pendidikan Islam PPDT.
Arwah bapa saudara saya membuat perniagaan kecil-kecilan berniaga gula kabung di pekan sari temerloh.. itu dulu.. sekarang tidak lagi.. selepas beliau meninggal dunia, tiada lagi anak-anak yang meneruskan perniagaan tersebut..maklumlah kerjanya rumit dan proses pembuatannya memakan masa yang lama..
Apa pun menulis menggunakan pena kabung ada kelainannya.. pada mula agak sukar mendapatkan rentak menulis, tetapi setelah dicuba beberapa kali.. maka inilah hasil yang dapat saya buat.. khat spontan nama ust. ilham... (tokey pena ijok) sahabat2 yang berminat utk mendapat pena ijok boleh hubungi ust. ilham..insya allah.. syukran ya ustaaazz...