UST. Abdul Baki.




Ust Abdul Baki merupakan penggiat seni khat tanah air yang begitu aktif mengembangkan seni khat di Malaysia.. sebaris dengan ust. zawadi.. ust nik..

Beliau mahir dengan pelbagai jenis khat.. saya paling meminat khat thuluth dan nasakh yang beliau hasilkan.. sejuk mata memandang... karya thuluth nya yang terkini menyerlahkan lagi bakat beliau...nampak mcm pakar khat arab dah..

Alhamdulillah beliau telah bersetuju untuk mentashihkan karya2 saya, walaupun jadual nye sangat padat... saya pulak yang tak berkesempatan menghantar karya dek kekangan masa dan tugas..

Moga beliau terus aktif dengan seni khat dan menghasilkan karya2 agung yang dapat dibanggakan oleh anak Melayu dan Malaysia...amin

Walaupun tak layak lagi nak menulis nama beliau dek kerana pengalaman dalam bidang khat yang sangat luas jika hendak dibandingkan dgn saya.. tapi nak tulis jugak sebagai latihan..

ABDUL BAKI BIN ABU BAKAR

Tel : 019-3932947

Email : bakibkr@yahoo.com

.

PENGALAMAN

  • Menyalin Al-Quran Mushaf Malaysia
  • Menulis untuk hiasan dalaman Balairong Seri Istana Alam Shah, Klang.
  • Menulis Watikah Ikrar Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke 12 & 13

SEKARANG

  • Penulis Seni Khat
  • Pensyarah Seni Khat, Kolej Restu
  • Pensyarah Seni Khat, Universiti Islam Antarabangsa

PENCAPAIAN

  • The Seventh International Calligraphy Competition In The Name Of Calligrapher Hashim Al Baghdadi, IRCICA Turkey 2007 (Incentive Price- Thuluth Jaly)
  • Peraduan Menulis Khat Asean, Brunei 1996 (ke 2 – Nasakh), 1998 (1st – Diwani), 2004 (Ke3-Riqah)
  • Manifestasi Perdana Seni Khat, Muzium Kesenian Islam, Kuala Lumpur 1999 (1st- Seramik), 2001 (Inovatif), 2003 (Inovatif)
Rujukan maklumat; blog ust Baki : http://arabiccalligraphy.wordpress.com/about

0 ulasan:

Catat Ulasan