MARHABAN DI ASTRO ZON TIMUR

Semalam berlangsungnya pertandingan khat yang d i anjurkan oleh pihak astro di Berjaya Megamall, Kuantan. Saya pun tak ketinggalan menyertainya. Ramai kawan-kawan yang berminat dengan seni khat saya ajak sama..antaranya Kak Selamah, Rahim, Aziz dan beberapa orang lagi. Menurut penganjur, pertandingan khat di Zon Timur ini, tidak se'meriah' di Zon Utara (di Pulau Pinang) dan Selatan (di Batu Pahat). Penyertaan di kedua-dua tempat tersebut amat memberansangkan, lebih kurang 20-30 penyertaan yang diterima..


banyak lagi tak betul kaedah.. tapi ni je la yang mampu dalam masa sejam




Di sebelah zon timur ada kira-kira 10 penyertaan. tak taulah dimana silapnya, nak kata promosi tak bagus.. rasanya takkan promosi dari syarikat televisyen berbayar terkemuka astro tak buat promosi yang 'mantop'.. kesimpulan yang saya dapat buat, tidak ramai yang berminat dengan seni khat di sebelah Pahang, kerana aktiviti khat di kawasan ini amat sedikit dan tak sehebat di Selangor, Terengganu, Kelantan, Johor dan Melaka.. semasa menyertai pertandingan khat di Masjid Al-Azim di Melaka tahun lepas, lebih kurang 50 penyertaan peserta seni khat.. alangkah bagi baiknya kalau di setiap negeri ada persatuan khat masing-masing, barulah senang seni khat di kembangkan.. malah kalau ada pertandingan khat, lebih mudah untuk diuar-uarkan.. bahkan persatuan khat juga boleh mewajibkan penyertaan kepada ahlinya.

Berbalik semula pada pertandingan khat tadi, ada dikalangan rakan-rakan yang tidak dapat hadir, kak selamah ada peperiksaan seni khat di Yayasan Restu, dan Rahim ada urusan di Kelantan.. hanya Aziz (kawan yang saya kenal semasa di Pertandingan khat di Melaka) hadir.. Saya sampai kira-kira jam 9.45pagi di Megamall..Pihak penganjur menetapkan pukul 10 pagi untuk pendaftaran terakhir... tapi 10.30 barulah meja pendaftaran mula dibuka. 10.45pagi Ust Baki dari yayasan restu memberi taklimat berkaitan pertandingan.. 50% kaedah khat yang betul, 20% kreativiti, 20% ejaan 10% kebersihan.(Ust Abdul Baki dan Imad adalah hakim pertandingan khat pada hari tersebut).. kira-kira jam 11.10 barulah pertandingan dimulakan..

Tempat pertandingan yang dibuat secara terbuka, amat berbeza dengan pertandingan di tempat tertutup.. ramai pengunjung-pengunjung Megamall yang datang dekat dengan meja Peserta untuk melihat dan mengambil gambar.. cukup tertekan, masa yang diberikan pula hanyalah satu jam.. Kami diberi dua soalan, 1) surah Yasin ayat 1-3 (2) Khatkan (Marhaban di Astro).. Semasa menulis, ada seorang pakcik datang ke meja saya bertanyakan harga karya yang saya buat.. saya jawab "Ini untuk pertandingan khat, pakcik" tersipu-sipu pak cik tu sebab dia tak tahu pertandingan sedang berlangsung. Masa yang diberikan memang tidak mencukupi, saya tak sempat nak buat dekorasi langsung, hanya tazyin biasa sahaja.. Peserta dari Kuala Terengganu pun turut hadir menyertai pertandingan. Alhamdulillah bila keputusan diumumkan saya mendapat tempat pertama (padahal ramai lagi pakar khat yang tidak menyertai, kalau tak.. takde harapan)..

Saya menulis menggunakan batang resam.. sebab hasilnya lebih kemas dan cantik (demikianlah menurut pakar-pakar khat)..




karya peserta dari terengganu.. tempat kedua

Tempat ketiga (ust sanusi)


karya Peserta yang tidak diketahui namanya



Read more

MANUSIA, IMAN DAN NAFSU

Tatkala Allah s.w.t menciptakan nafsu... lalu diperintahkan oleh Allah bersujud kepadanya lantas nafsu enggan dan engkar pada perintah Allah. Lalu Allah mengurungnya di dalam kesejukan selama 1000 tahun. Apabila ia dikeluarkan dari kesejukan Allah memerintahkannya supaya sujud kepada Allah, tetapi nafsu masih lagi tegar dengan kedegilan.. lantas Allah taala mengurungnya di dalam kepanasan selama 1000 tahun.. apabila ia dikeluarkan oleh Allah ia masih lagi enggan bersujud kepada Allah... Lantas Allah menguji nya dengan kelaparan selama 1000 tahun.. apabila ia dikeluarkan oleh Allah, barulah ia mahu tunduk sujud dan patuh kepada Allah taala..

Demikianlah perihal nafsu yang cukup degil dan liar untuk dijinakkan.. manusia mempunyai dua musuh utama, pertama syaitan dan yang kedua nafsu.. dalam setahun syaitan diberi 'cuti' oleh Allah sebulan yakni, pada bulan ramadan. Ia dirantai dan dibelenggu oleh Allah sepanjang bulan yang mulia ini.. yang tinggal hanyalah nafsu manusia yang tiada cuti dan tiada dibelenggu oleh Allah sebagai ujian ke atas mereka.. pilihan telah diletakkan oleh Allah di hadapan mata, yang baik dan yang buruk.. jika kita memilih berdasarkan nafsu, maka binasalah kita.. sebaliknya jika kita memilih berdasarkan keimanan, itulah yang menjamin kita di akhirat kelak..

Firman Allah dalam surah al-Ankabut: (29: 2-3) (Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan: "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji? (2) dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang berdusta).

Seorang pelajar diuji dengan peperiksaan untuk mengetahui tahap kefahamannya terhadap pelajaran, seorang guru diuji dengan sejauh mana dedikasi dan amanahnya terhadap kerjayanya...seorang pemandu diuji untuk mendapat lesen pemanduan.. seorang pendekar mengharungi pelbagai dugaan ketika bertapa di gua yang sunyi.. manusia juga diuji oleh Allah untuk mengetahui tahap keimanan dan tingkatan taqwanya..

Moga ramadan kali ini merubah diri kita menjadi insan mukmin yang lebih baik.. amin


Read more

SELAMAT DATANG YA RAMADHAN

Pejam celik pejam pelik... dah hampir setahun berlalu.. kini kita akan bertemu Ramadhan setelah hampir setahun meninggalkan kita...Bulan yang dijanjikan rahmat dari Allah Ta'ala..Bulan Keampunan... Bulan pembebasan dari api neraka... Bulan Quran... Bulan Tarawih...
Padanya terdapat satu malam yang lebih dari seribu bulan...bulan di mana masjid2 dan surau2 akan dimakmurkan oleh umat Islam...

Umat Islam disarankan banyak membuat ulangkaji perkara2 yang berkaitan dengan puasa sebelum ketibaan...perkara2 yang membatalkan puasa, sunat2 puasa, perkara2 makruh dan sebagainya...supaya ibadah kita lebih mantap dan puasa kita menjadi benteng pertahanan diri dari godaan syaitan laknatullah..

Pagi tadi baru bagi tazkirah puasa pada murid2 tahap 1 dan 2 Sk Abu Bakar Mentakab... bila lihat dalam2 pada mata diorang... nampak sangat tak faham sangat pasal puasa.. ibadah mereka hanya taqlid dengan orang tua... namun tanggungjawab sebagai guru untuk mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna dan faham agama tetap dijalankan.. semoga secebis bakti dan secubit ilmu yang dimiliki dapat dimanfaatkan oleh mereka...

Sebut pasal tazkirah ni, masa mula2 masuk sekolah dulu tak biasa jugak bercakap di khalayak (bercakap di khalayak bukanlah satu kepakaran bagi saya).. masuk maktab pun masa presentation mesti suruh kawan yang lain yang lebih mahir bercakap... antaranya us. rosaidi rameli, ust ahmad ruwaidi, ust. shahadan.. dan yang power ust aris hazlan.. diorang ni bagi la tajuk apapun... semuanya sedap di dengar..

Bila posting hanya saya seorang guru j-QAF lelaki yang ada kat sekolah. Terpaksalah belajar pelahan2 bercakap dikhalayak... gugup... berpeluh.. ketar... gementar... semua nya diadun dengan baik dek kerana tak suka bercakap masa kat sekolah dulu.. tapi lama kelamaan semua perasaan tu beransur kurang... dan seronok bila murid2 suka dengar apa yang kita cakap..
banyak tips yang saya baca.. dan bertanyakan rakan2 yang mahir dengan pengucapan umum ni.. tapi yang paling berkesan untuk saya ialah selain berdoa.. kita bayang kan semua yang ada di hadapan kita ialah adik beradik, keluarga terdekat, sepupu2 yang dahagakan ilmu dari kita..bila kita bayangkan macam tu insya allah perasaan gugup tu berkurangan....

Apapun saya masih lagi perlu banyak belajar untuk menjadi orang yang tidak gementar ketika di khalayak.. insya allah... selamat menyambut ramadan yang mulia...moga ibadat kita diterima Allah s.w.t.

Bukan perut yang puasa, ketika perut puasa menahan lapar dan dahaga,
Bukan mata yang puasa, ketika mata puasa menghindari pandangan dosa,
Bukan mulut yang puasa, ketika mulut puasa dari umpatan keji dan nista,
Bukan lidah yang puasa, ketika lidah puasa menahan dari merasa,
Bukan tangan dan bukan kaki yang puasa, ketika tangan dan kaki puasa dari melakukan maksiat dan dosa,
Bukan hati yang puasa, ketika hati puasa menghindari dari lintasan dosa..

Yang puasa itu Iman.. bila iman puasa.... puasalah semuanya...
Read more

Pertandingan Seni Khat. Marhaban di Astro

SYARAT PENYERTAAN DAN PERTANDINGAN

  • Penyertaan adalah terbuka untuk semua warganegara Malaysia, lelaki dan perempuan.
  • Penulisan khat akan dilaksanakan di lokasi terbuka yang ditentukan penganjur dan akan diawasi oleh sekretariat penganjur dan para juri.
  • Tempoh pertandingan adalah selama satu (1) jam sahaja.
  • Peralatan penulisan hendaklah disediakan oleh peserta sendiri. Penganjur hanya menyediakan kertas lukisan putih A3.
  • Tema bagi penulisan khat akan dimaklumkan sewaktu hari pertandingan. Pilihan tema akan merangkumi doa-doa pendek, surah surah pendek ataupun slogan tertentu yang ditetapkan.
  • Gaya penulisan dan bentuk seni khat yang dipertandingkan adalah bebas mengikut pilihan peserta.
  • Dekorasi dan hiasan yang bersesuaian adalah dibenarkan.
  • Setiap hasil seni khat yang dihasilkan peserta adalah menjadi hak milik penganjur.
  • Hasil seni khat akan dinilai dari segi format tulisan, kekemasan, kreativiti dan hiasan.
  • Peserta tidak boleh dibantu oleh individu lain.
  • Pemenang akan ditentukan menerusi juri dan jawatankuasa teknikal yang dianggotai oleh para profesional.
  • Tiada bayaran penyertaan dikenakan. Walaubagaimanapun, pihak penganjur tidak bertanggungjawab ke atas kos pengangkutan, penginapan dan makan minum peserta.
  • Peserta yang terpilih akan bertanding di lokasi-lokasi berikut:
    • 15 Ogos – Batu Pahat Mall, Batu Pahat, Johor
    • 22 Ogos – Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang
    • 29 Ogos – Berjaya Megamall, Kuantan, Pahang
    • 5 September – Jusco, Bukit Tinggi, Klang, Selangor
  • Sila ambil perhatian bahawa tarikh tutup penyertaan di setiap lokasi adalah 7 hari sebelum berlangsungnya pertandingan.
  • Peserta perlu melapor diri semasa hari pertandingan dalam tempoh yang ditetapkan (9 pagi – 10 pagi).
  • 8 penulis khat terbaik di peringkat zon / negeri akan dipilih oleh juri untuk bertanding di peringkat Grand Final yg akan diadakan di Klang pada 6 September 2009.

Hal-Hal Lain

Syarat dan peraturan ini adalah tertakluk kepada pindaan yang akan dibuat dari semasa ke semasa berdasarkan kepada keperluan demi mempertingkatkan mutu penganjuran dan memberikan keadilan kepada semua pihak.

Semua keputusan juri adalah MUKTAMAD. Segala bentuk bantahan tidak akan dilayan

Pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi talian 017-5757808 atau fax 04-9246612. Anda juga boleh menghantar email ke marhabandiastro@gmail.com.

Read more

RAHSIA DAN KELEMBUTAN

Khat merupakan seni yang indah dan halus.. ia juga merupakanAdd Image seni yang mementingkan keseimbangan, ketelitian, kreativiti dan ketepatan. Jika kita melihat tulisan khat yang ditulis oleh pakar-pakar khat, terkadang kita berasa hairan, bagaimana mereka boleh menulis khat dengan lurus tanpa memerlukan pembaris... bagaimanakah mereka menulis huruf dengan begitu tepat dan seimbang sehinggakan huruf yang mereka tulis seperti di 'photocopy' daripada huruf yang sebelumnya..seingat saya kali pertama saya menatap al-Quran resam uthmani, saya menyangka huruf2 yang ditulis adalah menggunakan tulisan komputer... kerana saya tidak dapat mencari perbezaan di antara dua hurufnya atau perbezaan daripada dua perkataan yang sama..

Bila mula mengenali khat, barulah saya faham dan mengerti.. kenapa tulisan al-Quran resam uthmani oleh Sheikh Toha Uthman kelihatan seperti tulisan komputer, rupa-rupanya setiap huruf ada kaedah dan mizan tertentu...dan mereka telah berlatih beratus-ratus bahkan beribu-ribu kali untuk menulis sesuatu huruf....

Bagi mereka yang tidak pernah mempelajari khat pasti tidak menyangka bahawa di dalam seni khat perkara utama yang akan dipelajari ialah bagaimana hendak membuat titik dengan betul... nampak remeh, tetapi percayalah.. jika kita tidak mampu membuat titik dengan betul... seni khat sukar dipelajari... setiap titik di dalam seni ini berbeza mengikut jenis khat... tetapi mizan atau pun kadar titik yang 'standard' adalah mengikut titik khat nasakh yang lebih tepat dan seimbang....Seorang pakar khat akan dapat mengenali sama ada orang itu pandai menulis khat ataupun tidak hanya melalui titiknya sahaja..Dengan kadar titik yang betul berdasarkan kaedah yang telah ditetapkan oleh pakar2 dan pengkaji khat, huruf2 yang ditulis kelihatan sama dan susah untuk kita cari perbezaannya.

Jika kita belajar dua atau tiga khat secara serentak, kita akan berasa sukar untuk mengingati titik.. kerana kita akan mencampuradukkan dengan khat yang lain, terutama khat nasakh dan thuluth.. tetapi jika kita menumpukan kemahiran kepada satu jenis khat dalam satu masa, maka kita akan lebih cepat menguasai sesuatu tulisan khat (ini hanyalah pendapat melalui pengalaman). Jadi pesanan saya, mahirkan betul2 satu jenis khat sebelum berpindah kepada khat yang lain..

Kemahiran melembutkan tangan jugak penting dan ia boleh dilatih dengan keazaman dan komitmen yang tinggi..ramai ustaz2 dan ustazah2 tidak berminat mempelajari tulisan khat dengan alasan tidak berbakat. Bagi saya yang paling utama ialah minat, bila kita dah minat semua boleh jadi. Pada post yang akan datang insya allah, saya akan sertakan video bagaimana kita boleh memanaskan (warming up) jari2 sebelum menulis khat dan seterusnya melembut tangan bagi memudahkan proses melentuk liuk jari jemari semasa menulis...

Ada 3 langkah yang biasa saya buat.. yang pertama saya panggil sebagai 'tikar hikmat', yang kedua 'tanjak ajaib' dan yang ketiga 'tangga tonggang terbalik'.(saje bagi nama... best sikit mendengornye. he.he.hee). ketiga-tiga kaedah ini saya reka khas untuk melembutkan tangan dan melatih keseimbangan pandangan mata...

Read more

Cuti Sekolah






Cuti sekolah lagi beberapa hari nak habis, bila dah cuti mula rasa berat nak bekerja semula.. aku yakin ramai yang rasa macam tu... dalam cuti ni ingat nak banyak berlatih tulisan khat.. tapi tak sempat jugak sebab banyak kertas periksa yang nak ditanda... jemputan ke walimatul 'urs jugak banyak.. kemudian pegi cuti-cuti malaysia dengan keluarga kat kuantan...
Pada post kali ni aku attachkan bersama hasil karya aku kat dinding sekolah (bilik j-QAF) yang baru kami dapat tahun ni 2009. Sepatutnya bilik j-QAF dah ada masa aku mula2 masuk sekolah pada tahun 2005, tapi disebabkan sekolah aku terletak di kawasan bandar (mentakab) muridnya pun boleh tahan ramai, jadi tak cukup kelas untuk dijadikan bilik j-QAF. Setiap tahun kami guru2 jQAF buat usul kepada G.Besar supaya diwujudkan bilik jQAF.
Akhirnya pada tahun ini, termakbul jugaklah harapan kami..... tambahan pulak kami diamanahkan masuk bertanding bilik jQAF pada tahun ini(tak menang pun, maklumlah banyak yang perlu di buat... dan ditambahbaik)...
bilik jQAF ni terletak di antara surau sekolah dan bilik wuduk.. asalnya bukan bilik... tapi setelah ditebuk dinding di belakang dan diletakkan tingkap, kemudian dinaikkan dinding dan diletak pintu... jadilah bilik jQAF yang sekangkang cucu kera.. he..hee.. apapun alhamdulillaah kecik ke, besar ke tak jadi hal.. janji ada.. aku dengan kawan2 bersyukur banyak...
Read more

SENI KHAT




















Aku mula mengenali seni khat ketika di bangku sekolah lagi (maklumlah sekolah agama).. masa sekolah menengah dulu aku pernah jadi wakil sekolah dalam pertandingan menulis jawi, tapi tak menang pun. Seingat aku ustaz yang paling mahir, ustaz Isa, dia mengajar aku nahu.. kalau ada majlis2 kat sekolah dialah yang tukang buat backdrop kat papan hitam...khat yang biasa digunakan ialah khat diwani. Masa tu ustazah yang ajar kami tulisan khat hanya membekalkan sebuah buku latihan (masa tu warna buku tu biru putih) dan menyuruh kami meniru sendiri apa yang terkandung dalam buku tu.. yang ada khat nasakh dan riq'ah.. aku dan kawan2 pun ikut jela arahan dia... pegang pen mesti condong 45 darjah kata ustazah tu.. kitorang yang bendul ni ngikut je.. (aku tak salahkan ustazah aku sebab guru khat memang susah nak dicari).. bila dah tahu kaedah2 khat sikit2 baru la aku tahu pen yang dipegang tak semestinya condong 45 darjah, ia mesti dilentok liukkan bersesuaian khat yang hendak ditulis. bahkan ada huruf2 yang perlu dilukis hujungnya menggunakan hujung pen seperti hujung huruf ra dan huruf wau.

Minat aku terus berkubur masa tu, sebab takde dorongan dan takde guru... masuk universiti pun aku tak ambik kisah sangat pasal khat ni... aku nulis menggunakan khat aku yang takde kaedah tu laa.. ada jugak kawan2 (antaranya hanafiah kudus) yang ajak join kelab khat tapi masa tu aku minat kat benda2 lain. terutamanya sukan... jadi minat aku terus berkubur..

Lepas bergelar graduan aku dengan kawan2 bergelar penganggur bertauliah.. macam2 kerja aku buat... jadi jaga.. jadi jurutaip assigment.. jadi research assistant..jadi juru jual.. jadi data entry... penterjemah assigment.. buat tiang larik.. makan.. tido.. makan.. tido..tapi satu kerja pun takde yang menggunakan ijazah. Tahun 2005 barulah dapat tawaran jadi guru j-QAF kat Pahang.. masa nilah minat aku pada khat mula berputik semula.. tambahan lagi bila aku selongkar buku2 lama kat rumah mak aku... aku jumpa buku kaedah penulisan khat karangan Hashim Muhammad Al-Baghdadi, milik kakak aku.. dia beli masa belajar kat mesir.. aku tanya dia kenapa beli buku tu. dia jawab 'ntah teringat kat aku..' aku pun tak tau kenapa dia cakap macam tu. Sejak aku berjumpa buku tulah aku mula semula praktis seni khat... bergurukan buku dan minat yang mendalam...khat yang aku paling suka khat thuluth, nasakh dan riq'ah, khat2 yang lain tengah dalam proses nak belajar..

Jadi kepada mereka yang berminat untuk mahir dalam bidang seni khat ni.. nasihat aku 2 perkara... 1) mesti minat dan 2) selalu buat latihan. bakat belakang kira, sebab tangan boleh diasuh.. kalau orang lain boleh buat garis lurus, kita pun boleh. kalau orang lain boleh buat bulat, kita pun boleh.. pernah berlaku dalam sejarah, wanita yang menulis khat menggunakan kaki.. tetapi tulisannya cantik mengalahkan orang menulis dengan tangan... bila kita buat latihan kita simpan tulisan tu dan kita akan dapat lihat peningkatan dari semasa ke semasa... tulisan yang kita tulis sebulan yang lepas yang kita rasa cantik sangat, mungkin banyak kesilapan kaedahnya bila kita lihat 3 bulan yang akan datang... satu lagi, dalam sehari mesti ada kita lihat tulisan khat yang di buat oleh pakar2 supaya kita dapat ingat dengan mudah kaedah yang telah ditetapkan.

Pada post kali ni aku attach kan hasil karya aku.. yang diminta oleh rakan2. kalau ada tersalah kaedah.. jangan marah.. masa ni tak mantap lagi kaedah2 khat..bila tengok semula huruf wau yang aku buat tak betul kaedahnya..
Read more