RAHSIA DAN KELEMBUTAN

Khat merupakan seni yang indah dan halus.. ia juga merupakanAdd Image seni yang mementingkan keseimbangan, ketelitian, kreativiti dan ketepatan. Jika kita melihat tulisan khat yang ditulis oleh pakar-pakar khat, terkadang kita berasa hairan, bagaimana mereka boleh menulis khat dengan lurus tanpa memerlukan pembaris... bagaimanakah mereka menulis huruf dengan begitu tepat dan seimbang sehinggakan huruf yang mereka tulis seperti di 'photocopy' daripada huruf yang sebelumnya..seingat saya kali pertama saya menatap al-Quran resam uthmani, saya menyangka huruf2 yang ditulis adalah menggunakan tulisan komputer... kerana saya tidak dapat mencari perbezaan di antara dua hurufnya atau perbezaan daripada dua perkataan yang sama..

Bila mula mengenali khat, barulah saya faham dan mengerti.. kenapa tulisan al-Quran resam uthmani oleh Sheikh Toha Uthman kelihatan seperti tulisan komputer, rupa-rupanya setiap huruf ada kaedah dan mizan tertentu...dan mereka telah berlatih beratus-ratus bahkan beribu-ribu kali untuk menulis sesuatu huruf....

Bagi mereka yang tidak pernah mempelajari khat pasti tidak menyangka bahawa di dalam seni khat perkara utama yang akan dipelajari ialah bagaimana hendak membuat titik dengan betul... nampak remeh, tetapi percayalah.. jika kita tidak mampu membuat titik dengan betul... seni khat sukar dipelajari... setiap titik di dalam seni ini berbeza mengikut jenis khat... tetapi mizan atau pun kadar titik yang 'standard' adalah mengikut titik khat nasakh yang lebih tepat dan seimbang....Seorang pakar khat akan dapat mengenali sama ada orang itu pandai menulis khat ataupun tidak hanya melalui titiknya sahaja..Dengan kadar titik yang betul berdasarkan kaedah yang telah ditetapkan oleh pakar2 dan pengkaji khat, huruf2 yang ditulis kelihatan sama dan susah untuk kita cari perbezaannya.

Jika kita belajar dua atau tiga khat secara serentak, kita akan berasa sukar untuk mengingati titik.. kerana kita akan mencampuradukkan dengan khat yang lain, terutama khat nasakh dan thuluth.. tetapi jika kita menumpukan kemahiran kepada satu jenis khat dalam satu masa, maka kita akan lebih cepat menguasai sesuatu tulisan khat (ini hanyalah pendapat melalui pengalaman). Jadi pesanan saya, mahirkan betul2 satu jenis khat sebelum berpindah kepada khat yang lain..

Kemahiran melembutkan tangan jugak penting dan ia boleh dilatih dengan keazaman dan komitmen yang tinggi..ramai ustaz2 dan ustazah2 tidak berminat mempelajari tulisan khat dengan alasan tidak berbakat. Bagi saya yang paling utama ialah minat, bila kita dah minat semua boleh jadi. Pada post yang akan datang insya allah, saya akan sertakan video bagaimana kita boleh memanaskan (warming up) jari2 sebelum menulis khat dan seterusnya melembut tangan bagi memudahkan proses melentuk liuk jari jemari semasa menulis...

Ada 3 langkah yang biasa saya buat.. yang pertama saya panggil sebagai 'tikar hikmat', yang kedua 'tanjak ajaib' dan yang ketiga 'tangga tonggang terbalik'.(saje bagi nama... best sikit mendengornye. he.he.hee). ketiga-tiga kaedah ini saya reka khas untuk melembutkan tangan dan melatih keseimbangan pandangan mata...

0 ulasan:

Catat Ulasan