Assalamualaikum, w.b.t, insya Allah pada post kali ini saya sertakan video, bagaimana ingin melembutkan tangan sebelum menulis khat.. sebenarnya dah lama janji nak buat tapi tak berkesempatan nak rakam.. dan rakaman pun tak berapa 'clear', maklumlah kamera murah, kalau ada suara-suara sumbang dalam rakaman ni, abaikan sahaja, itu adalah suara-suara2 'dugaan' ketika nak menulis khat.. yang selalu dok bertenggek kat belakang ketika menulis dan suara pewaris seni ini, insya Allah...
Ketiga-tiga cara ini amat sesuai untuk mereka yang selalu beralasan "Saya tak berbakat la nak menulis khat", atau "Tangan keras macam batu, macamana nak menulis khat?". Mudah-mudahan dengan doa dan minat yang tinggi, tangan kita akan beransur-ansur lembut.. jangan pula hari ni cuba kemudian 3 tahun depan pula baru nak berlatih semula..berlatihlah dengan penuh kesabaran dan ketekunan.. man jadda wajad.. wa man zaro'a hasod...
Cara pertama yang saya namakan sebagai 'tikar hikmat' ini memerlukan tumpuan tinggi untuk mengagak setiap titik yang kita buat.. anda boleh buat seberapa panjang yang anda suka..jika kita sudah mahir membuat tikar hikmat ini... insya Allah daya agakan akan menjadi bertambah baik dan dapat menulis dengan lurus tanpa pembaris...memetik kata-kata Imad seorang aktivis nasyid dan khat, bila di tanya bagaimana dia dapat menulis dengan lurus tanpa pembaris, katanya, "Pembaris tu ada, tapi tak kelihatan..." kesimpulan yang dapat saya buat ialah kita kena banyak berlatih untuk mendapatkan keseimbangan mata ketika menulis..
Cara kedua (tanjak ajaib) dan ketiga (tangga tonggang terbalik) masing-masing untuk memanaskan sendi-sendi tangan dan jari sebelum menulis khat yang lebih sukar.. untuk kedua-dua teknik ini, ketika menulis, kita tidak dibenarkan mengangkat mata pena (kecuali untuk mencelup dakwat)..tanjak ajaib dan tangga tonggang terbalik boleh dibuat seberapa tinggi yang and suka...kita boleh ulang ketiga-tiga cara beberapa kali sebelum berlatih menulis huruf-huruf atau kalimah-kalimah.. insya Allah ada manfaatnya.. inilah cara yang biasa saya gunakan... selamat mencuba..
2 ulasan:
Salam Ziara...
Ana sa tengok enta buat kaedah ini sebagai latihan menguatkan pegangan tangan terhadap mata pen khat dan menguasai pergerakannya. Orang kata...pen mesti ikut tangan...bukan tangan ikut pen...ke guane...
Teknik ni demo reka sendiri ke...atau ada dapat dari tok guru Arab mana-mana...
Bagus Sheikh...nanti ana akan panjagkan idea in...
Teknik ni reka sendiri je... tak tau la kalau dah ade orang buat..panjang2kanlah moga ada manfaatnya ..IbnuKhazin
Catat Ulasan